Friday 9 March 2012

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan berita...hu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
... Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan



si pencuri hati...
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)


Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu...

 

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup...

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...





Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan...

 

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)



so sweeeettt....


Tuesday 7 February 2012

Ombak Rindu Keinsafan

Ombak Rindu - Mr Bie (Parody yang tak lucu)






TUHAN tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintai-MU seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa neraka-MU


TUHAN aku tahu byk dosaku
hanya ingatkan-MU kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cinta-MU


ALLAH..ampunkanlah hamba-MU
yang selalu dustakan janjiku
agar kelak ku takkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu


ALLAH..jatuh air mataku
dan terus mengalir mengiringi doaku
ALLAH..Yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta..


Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah tiba nanti..

Wednesday 18 January 2012

Ceritera Mimpi

Hari ni saya nak cite sikit pasal mimpi saya yang saya rasa pelik bin seram jugak. yg peliknye nape mimpi lagu tu? yg seramnye, nape mimpi pasal tu? gitu la kirenye.. susah nak explain ape yg saya rasa la senang cite..hee~ ok, let's start with our story.. rasa2 sabtu lepas, saya dapat satu mimpi pasal pemain bola kebangsaan kita, BADDROL BAKHTIAR MENINGGAL!! sebenarnye saya tak nak tulis ni. tapi ni la yg saya nak cite. saya pon terkejut n hairan jugak nape boleh termimpi camni pulak?? (persoalan yg tak terjawab!) saya tulis ni bukan utk kata ape2 yg buruk pasal Baddrol, jauh sekali nak mendoakan yg perkara buruk. saya pon boleh dikatakan minat Baddrol Bakhtiar sejak die jadi kapten Malaysia time sukan Sea hari tu. so, takkan la nak doakan yg buruk pasal die. lagipun, tu kan sikap yg tak elok. dosa kot..


saje nak share pic Baddrol Bakhtiar, mne la tau ade yg x knl.. tp rsenye x de..huhu


k la, let's begin our story.. tadi tu mukadimah je supaya org yg baca entry ni tak salah faham. dalam mimpi saya tu, kecoh kat berita, radio, surat khabar, sume la cite pasal tu.. ape yg paling menyeramkan, dalam mimpi tu die mati sebab kene bunuh! nauzubillahi min zalik.. smoga Allah jauhkan dari die & kita sume. tapi sebenarnye, mati kene bunuh ni ade keistimewaannya jugak utk kita kat akhirat nanti.


ni just saje nak share la.. kalo kita mati sebab perbuatan aniaya org (contohnye kene bunuh, dibomoh dll) kite akan terlepas seksa kubur. tak ke itu satu nikmat utk kita kat sane nanti? tapi saya sendiri pon mengaku kalo terbayang kalo saya la mati kene bunuh, Ya Allah, tak sanggup jugak rasanya.. nak2nye, biar la kite mati dlm keadaan tenang & elok la kn? biar keluarga kite pon senang redha. tapi yg terbaik, serahkanlah segalanya pada Allah utk menentukan. Dia lebih mengetahui yg terbaik utk kita. tapi sme2 la kita doa supaya dapat mati syahid. kalo akhirnye kita tak dapat mati syahid pon, kte akan dapat pahala sama macam mati syahid sebab nawaitu ikhlas kita nak mati syahid. subhanallah..


ok, continue cite pasal mimpi tadi.dalam mimpi saya tu, die mati kene bunuh kene tikam pisau 'paper cutter' yg kecik je tu. tak tau laa.. nama pon mimpi, memang la pelik2 sikit kan? saya siyes tak caye waktu tu.(dlm mimpi tu la) time baru bangun tido tu, saya pk benda tu btol.(time tu tengah mamai2 lagi) tapi bile dah sedar sikit dari lena tu, saya sedar dah tu cuma mimpi. syukur kerana Allah masih panjangkan umurnya. (gembira sbg saudara sesama islam)


letak gambar biar blogpost tak nampak cm pnjng sgt..


ada org kata, kalo mimpi mati maknanya panjang umur. ade jugak yg kata, ditimpa musibah.. baru2 ni pon Baddrol kan ade injured..(kebetulan) urmm, ntah laa.. mimpi tu kan mainan tido je. saya pon tak tau la yg mana btol sebab saya bukan pentafsir mimpi. (ade lagi ke zaman skrg? zaman nabi dulu saya tau la ade.) tapi, kan ke lebih baik kalo kita amik dari sudut positif. always think positif.. atasi dgn senyuman.. :)


actually, saya bukannya nak cita sgt pasal kronologi mimpi pelik tu. buat seram je.. toksah cite pon sebenarnye lagi bagus kan? tapi apa yg saya nak share ni, setiap sesuatu yg terjadi tu pasti ada hikmahnya kan? Allah tu Maha bijaksana, tiada suatu perkara pon yg Allah jadikan tanpa hikmah. sebab tu kita jangan sesekali salahkan takdir Allah. bila kita salahkan takdir Allah, bermakna kita salahkan Allah, dan bila kita salahkan Allah tentu Allah murka pada kita. sedangkan ujian yg Allah timpakan tu sebenarnya utk menaikkan darjat kita sbg manusia. macam kalo kita nak naik pangkat keje gak la, mesti la ada kriteria n test2 utk kita sebelum layak. btol tak? camtu la gak yg Allah nak beri pada kita. bersangka baiklah pada Allah.. bila ditimpa masalah, dekatkanlah diri dgn Allah.


Rasulullah s.a.w. bersabda:  
Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. 
(Hadis dari Abu Hurairah ra, Shahih Muslim No.4832)


setiap manusia yg Allah cipta pasti akan mati. tak kira siapa pon kita, berapa pon umur kite. tiada istilah terlalu muda utk mati.. so, sama2 la kita siapkan bekalan dari sekarang..


"sesungguhnya Allah itu suka org tua yg beribadah, tapi Allah lebih suka org muda yg beribadah.."


sebenarnya, saya pon pernah mimpi saya sendiri mati sebelum ni. menggigil jugak saya waktu tu. sedangkan mimpi org lain mati pon dah menggigil, apatah lagi kalo diri sendiri!! alhamdulillah, saya masih lagi Allah pinjamkan nyawa sampai detik saya tulis entry blog ni. tak tau la lepas ni?? kata2 utk diri sendiri, 'Allah dah banyak kali ingatkan, takkan masih tak sedar2 diri lagi?????????'


macam Baddrol pon, apa yang saya nampak, die seorg yg baik dah.. tak pernah pon kuar gosip2 kontroversi murahan pasal die. kalo search pic or google pasal die pon, sumenye pasal kerjaya bola sepak die je. kepada Baddrol, kekalkan prestasi cemerlang anda itu..huhu xD Waktu DJ radio Era ade tanya soalan cepumas kat die dalam Riuh Pagi Era, "siapakah wanita yg menjadi tulang belakang kpd kejayaan Baddrol?" jawapan die, "wanita tu adalah gadis melayu dan die ialah ibu saya..." sejuk hati mak die dengar.. die tak sebut pon mana2 nama pmpuan lain. camtu la baru anak misali..huhu. Insya Allah, die boleh jadi lebih baik lagi. selagi ajal kita belum tiba, tiada kata terlambat utk bertaubat.


smoga sume org dapat sama2 improve diri jadi lebih baik. saya harap, entry saya ni tak timbulkan apa kontroversi la hendaknya. buang yg keruh ambil yg jernih ye.. maaf atas segala silap salah tulisan saya. sekiranya en. Baddrol terbaca blogpost ni, seribu maaf dipinta kalo saya tersilap kata.. tak terniat nak mengguris hari sesiapa, cuma nak berkongsi pengajaran.. my last word is...


"Tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah, kembali kepada Allah di awal perjalanan.."

PM sambut hero malaya kita,, ;)

Wonderpets..haha (let's feed it)